PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

LAWATAN MAHABBAH DAN MAJLIS IFTAR DI RUMAH PEMULIHAN RIQAB SEKITAR DAERAH HULU SELANGOR


HULU SELANGOR 30 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Riqab telah mengadakan lawatan ke Rumah Pemulihan Riqab sekitar Hulu Selangor

Lawatan ini diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Hashim bin Meon, Anggota MAIS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Riqab dan disambut oleh Pengusaha Teduhan Kasih, Pengusaha Akhlak Insani dan Pengusaha Baitul Islah Bukit Beruntung.

Lawatan ini bertujuan melihat sendiri operasi pemulihan, rawatan dan perlindungan yang dijalankan di Rumah Pemulihan Riqab.

Dalam lawatan ini Tan sri juga menyatakan hasrat untuk mengadakan lawatan susulan bagi melihat lebih lanjut rawatan pemulihan asnaf riqab terutama yang melibatkan pesakit mental.

Turut hadir adalah Ahli Jawatankuasa Riqab Dato Ali bin Mohammad, Setiausaha MAIS Dr Haji Ahmad Shahir Bin Makhtar Pengarah Pembangunan Sosial Ustaz Suhaimi bin Ismail dan Penolong Pengarah Kanan Bahagian Keluarga Sosial Dan Komuniti JAKIM Ustaz Kamarul Nizal Bin Idris.

Berita MAIS

Comments are disabled.