[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 30 April – Bagi memperkasa urusan pendaftaran muallaf di Selangor, satu kunjungan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang diwakili oleh Sektor Pembangunan Sosial (SPS) telah dilakukan ke JPN Negeri Selangor pada hari ini

Matlamat utama lawatan mahabbah ini selain daripada menjalinkan kerjasama yang baik adalah untuk memperkasa urusan pendaftaran asnaf muallaf termasuk pengurusan pindaan kad pengenalan muallaf, daftar lewat, pendaftaran mobil bagi orang asli di Selangor serta beberapa isu yang berkaitan.

Rombongan dari MAIS disambut mesra oleh En. Hairuddin bin Abdullah, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Selangor serta pegawainya.

Delegasi MAIS diketuai Ustaz Suhaimi bin Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial. Turut hadir ke lawatan tersebut ialah Ustazah Hafizatulakmal binti Abdul Jalil Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf Dan Pembangunan PIBK, Ustaz Mohd Bakhtiar bin Suratman, Pn Rozima binti Samsudin dan Pn Rohani binti Abdullah Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) JAKIM. Lawatan ini turut disertai oleh Ustaz Mohd Romzi bin Abdullah Sani Ketua Bahagian Harta Baitulmal MAIS.

Pihak MAIS mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengarah JPN Selangor di atas kesudian menerima lawatan dari rombongan SPS, MAIS dan semoga hasil dari lawatan ini dapat membina jaringan kerjasama baik yang telah ada bagi melancarkan lagi urusan hal ehwal muallaf di Selangor.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5581″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”5583″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5582″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”5584″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor