[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 29 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyerahkan sumbangan RM2.02 juta kepada Rumah Pemulihan Al-Riqab (RPA) menerusi Geran Sukuan Pertama Tahun 2021 bagi membantu kebajikan golongan asnaf riqab.

Sumbangan yang menggunakan peruntukan Lembaga Zakat Selangor (LZS) itu membabitkan sebanyak 27 buah RPA sekitar Selangor di bawah seliaan MAIS.

Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Tan Sri Hashim Meon, Pengerusi Jawatankuasa Riqab MAIS dalam Majlis Iftar dan Tadarus Perdana Riqab MAIS 2021 di sini, hari ini.

Sumbangan bertujuan membantu golongan terbabit yang memerlukan bantuan pemulihan, perlindungan, rawatan, pencegahan dan kawalan selain pelbagai bantuan lain supaya mereka kembali ke pangkal jalan.

Menerusi bantuan ini, golongan riqab tersebut mendapat manfaat wang zakat melalui program pemulihan yang dilaksanakan oleh MAIS dengan dibantu badan bukan kerajaan berdaftar bertujuan mendidik dan membimbing mereka menjadi mukmin yang diredhai.

Sebagai sebuah agensi agama Islam yang bertanggungjawab menyantuni golongan asnaf riqab, MAIS prihatin terhadap golongan ini melalui kewajipan MAIS untuk menggalakkan, mendorong, membantu dan mengusahakan kemajuan serta kesejahteraan ekonomi juga sosial masyarakat Islam selaras hukum syarak.

Bantuan keperluan hidup juga turut diberikan kepada golongan ini, sebagai contoh, asnaf riqab diberi bantuan sewa rumah supaya mereka boleh berhijrah ke tempat tinggal yang lebih baik untuk istiqamah dengan cara hidup bersyariat.

Selain itu, MAIS juga menyediakan bantuan kewangan bulanan kepada individu yang menjaga asnaf riqab bagi menggalakkan mereka menghadiri kelas bimbingan yang dianjurkan oleh MAIS.

MAIS turut menyalurkan bantuan lain antaranya modal perniagaan dan perubatan untuk meringankan beban kehidupan.

MAIS berharap bantuan yang diberikan ini dapat digunakan sebaiknya oleh pengusaha RPA dalam menjalankan tanggungjawab sosial bagi memastikan golongan asnaf ini diberi perlindungan sewajarnya.

Antara RPA yang menerima bantuan ialah Rumah Pemulihan Akhlak Insani, Rumah Solehah, Rumah Bela Insan dan Rumah Perlindungan & Bimbingan Wanita Bayt Rahmah.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5588″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5589″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor