[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 27 April – YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS melawat ke Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor (SIIAC), Yayasan Restu di sini. Program lawatan ini merupakan jemputan Yayasan Restu kepada MAIS bertujuan memberi pendedahan berkaitan pengurusan dan operasi keseluruhan Yayasan Restu.

Beliau yang tiba pada 2.30 petang turut disertai oleh Setiausaha MAIS, Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar dan Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS.

Rombongan MAIS disambut mesra oleh Dato’ Haji Mohd Asyaharim Abdul Latif, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Restu dan turut diberikan taklimat ringkas oleh pihak Yayasan Restu.

Dalam lawatan ini, MAIS turut dibawa melawat ke Galeri Rehlah Nabawiyah, Galeri Al-Quran dan Bilik Kebal Bahagian Industri.

Pengerusi MAIS mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Restu dan menghargai atas undangan jemputan ini.

“Terima kasih saya ucapkan kepada Yayasan Restu atas jemputan ini, semoga jalinan ukhwah ini dapat mengeratkan hubungan dua hala antara MAIS dan Yayasan Restu,” katanya.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5561″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”5563″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5562″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”5564″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor