[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 17 Mei – Majlis Agama Islam Selangor ( MAIS) menangguhkan operasi perkhidmatan secara bersemuka berikutan pelaksanaan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 12 Mei sehingga 7 Jun 2021.

Orang ramai masih boleh terus berurusan dengan MAIS menerusi pelbagai perkhidmatan atas talian yang disediakan di laman sesawang rasmi iaitu www.mais.gov.my.

Walaubagaimanapun, operasi di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman dan Pusat Pemulihan Baitul Islah berjalan seperti biasa.

Perkhidmatan secara atas talian yang disediakan melalui laman web MAIS ialah Permohonan Wasiat (e-Wasiat), e-Faraid, bayaran Fidyah/Kifarah/Fi Halal, e-Aduan, Katalog Hartanah MAIS, Sumbangan Sedekah, Bayaran Premis/Tanah Baitulmal, Sewaan Hartanah, Bayaran Utiliti Premis MAIS, Bayaran Tebus Pusaka, Sumbangan Saham Wakaf Selangor, Sumbangan Anak Yatim, Penyerahan Wang Tidak Patuh Syariah dan Penyerahan Wang Orang Berhutang.

Untuk terus berinteraksi, orang ramai amat digalakkan bersama MAIS di media sosial rasmi MAIS iaitu di Facebook Majlis Agama Islam Selangor dan Instagram mais_officialhq.

Memudahkan urusan orang ramai adalah menjadi keutamaan MAIS, oleh itu teruslah berurusan melalui talian di samping mematuhi arahan kerajaan berkaitan PKP.

Marilah sama-sama kita mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar wabak Covid-19 ini dapat ditangini bersama khususnya di Negeri Selangor dan Malaysia amnya.

Semoga kita semua dilindungi dan dijauhkan daripada penyakit Covid-19 ini.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor