[vc_row][vc_column][vc_column_text]Shah Alam, 20 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengambil inisiatif dengan mempergiatkan Program Munajat dalam norma baharu agar dijauhkan wabak COVID-19 dan mendoakan kesejahteraan umat Islam di bumi Palestin.

Program yang berlangsung secara dalam talian melalui “Google Meet” itu turut disertai oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS, Anggota MAIS, Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS, warga kerja MAIS, wakil pegawai Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor (JHEIS), Agensi dan Anak Syarikat MAIS.

Antara Anggota MAIS yang turut serta Tan Sri Dato Hashim Meon, Dato Dr Anhar Opir dan Prof Madya Dr Farid Ravi Abdullah.

Objektif program ini adalah untuk mendoakan kesihatan dan keselamatan warga kerja MAIS, JHEIS, Agensi & Anak Syarikat MAIS serta seluruh umat Islam agar terhindar dari musibah wabak COVID19 dan memohon agar mereka yang dijangkiti kembali sembuh seperti sediakala.

Di samping itu, melalui program ini turut dipohon kepada Allah SWT berkaitan kesejahteraan umat Islam di bumi Palestin.

Program yang bermula sejak 27 Ramadhan 1442H yang lalu, diadakan pada setiap malam selepas solat Maghrib di rumah masing-masing. Program yang dihadiri sekitar 100 orang peserta ini dimulakan dengan bacaan surah Yaasin dan diikuti bacaan doa secara dalam talian. Majlis diakhiri dengan solat Isyak dan solat hajat.

Marilah kita semua terus bermunajat dan berdoa kepada Allah SWT agar penularan COVID-19 dapat segera dibendung serta saudara kita di bumi Palestin terus diberikan kekuatan untuk berjuang dan diberikan keselamatan.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5675″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”5677″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5676″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”5678″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor