[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 24 Mei – Selaras dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan, semua operasi perkhidmatan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) adalah secara atas talian sahaja bermula 25 Mei sehingga 7 Jun 2021 termasuk perkhidmatan bayaran.

Orang ramai boleh berurusan dengan MAIS menerusi perkhidmatan atas talian yang disediakan iaitu www.mais.gov.my.

Perkhidmatan secara atas talian yang disediakan melalui laman web MAIS ialah Permohonan Wasiat (e-Wasiat), e-Faraid, bayaran Fidyah/Kifarah/Fi Halal, e-Aduan, Katalog Hartanah MAIS, Sumbangan Sedekah, Bayaran Premis/Tanah Baitulmal, Sewaan Hartanah, Bayaran Utiliti Premis MAIS, Bayaran Tebus Pusaka, Sumbangan Saham Wakaf Selangor, Sumbangan Anak Yatim, Penyerahan Wang Tidak Patuh Syariah dan Penyerahan Wang Orang Berhutang.

Untuk terus berinteraksi, orang ramai amat digalakkan menghubungi nombor talian khidmat pelanggan yang disediakan disamping bersama MAIS di media sosial rasmi MAIS iaitu di Facebook Majlis Agama Islam Selangor dan Instagram mais_officialhq. Waktu urusan bagi talian khidmat pelanggan MAIS adalah bermula jam 9.30 pagi hingga 3.30 petang.

Memudahkan urusan orang ramai adalah menjadi keutamaan MAIS, oleh itu teruslah berurusan melalui talian di samping mematuhi arahan kerajaan berkaitan PKP.

Marilah sama-sama kita mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar wabak COVID-19 ini dapat ditangani bersama khususnya di Negeri Selangor dan Malaysia amnya.

Semoga kita semua dilindungi dan dijauhkan daripada penyakit COVID-19 ini.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor