[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 16 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini memulakan penyampaian sumbangan makanan kepada Barisan Hadapan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

MAIS dengan kerjasama Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) hari ini menyampaikan sumbangan makanan di PKD Petaling, PKD Klang, PKD Pelabuhan Klang dan PPV Dewan Sukan Pandamaran. Masing-masing menerima 100 pek makanan terdiri daripada roti dan air mineral.

Sumbangan telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hidayat Mohd Suhaimi, Ketua Zon Daerah Klang dan Kuala Langat. Turut hadir juga ialah Encik Muhammad Sayifullah Masiron, Pengurus Sektor Latihan Asnaf TERAS.

“Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak MAIS dan TERAS di atas keprihatinan kebajikan Barisan Hadapan dalam tempoh pandemik COVID-19.” Ujar penerima daripada PKD Klang.

MAIS sentiasa komited dengan kebajikan ummah terutama kebajikan Barisan Hadapan dalam memutuskan rantaian COVID-19.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5786″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor