PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

PEK MAKANAN PERCUMA UNTUK BARISAN HADAPAN – 700 Pek Makanan MAIS Diagih Untuk PKD & PPV Daerah Gombak, Kuala Selangor Dan Sabak Bernam


18 Jun 2021 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terus menyantuni dan menghulurkan bantuan kepada Barisan Hadapan terutama petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan Pusat Kesihatan Daerah (PKD).

Alhamdulillah, MAIS hari ini mengagihkan sumbangan 700 pek makanan berupa air dan roti kepada PKD Gombak 100 pek, PPV Gombak, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia 100 pek, PKD Kuala Selangor 100 pek dan PPV Stadium Tertutup Kuala Selangor 100 pek.

Turut menerima PPV Dewan Kelab Kilat Pangsapuri TNB Kapar 100 pek, PKD Sabak Bernam 100 pek dan PPV Dewan Sri Bernam, Sungai Besar 100 pek.

Sumbangan diagihkan dengan kerjasama Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) iaitu anak syarikat MAIS.

Doakan kami agar terus diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk menyantuni golongan yang memerlukan. InsyaAllah.

Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat memberi senyuman kegembiraan buat petugas Barisan Hadapan.

Berita MAIS

Comments are disabled.