[vc_row][vc_column][vc_column_text]KLANG 19 Jun 2021 – Selesai agihan fidyah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi penerima sekitar Klang dan Sabak Bernam hari ini, 19 Jun berjumlah RM27,000 kepada 270 keluarga penerima.

Setiap keluarga menerima pek makanan asasi bernilai RM100 termasuk beras, minyak, tepung, gula dan sebagainya.

Agihan fidyah hari ini disalurkan melalui 17 rakan strategik fidyah MAIS yang akan membantu menyerahkan bantuan ini kepada penerima.

Rakan strategik fidyah MAIS di Sabak Bernam yang mewakili penerimaan bantuan fidyah ini ialah Maahad Tahfiz al-Quran Darul Falah, Tahfiz Darul Qodiriah dan Masjid Paket 100 melibatkan 100 orang penerima.

Manakala di Klang pula melibatkan 14 Rakan Strategik Fidyah MAIS termasuk masjid, surau dan maahad tahfiz antaranya Masjid Al Muhsirin, Maahad Hafiz Klang, Maahad Tahfiz Raudhatus Salam. Penerima sumbangan di Klang hari ini berjumlah 170 keluarga.

MAIS berharap sumbangan fidyah ini dapat meringankan sedikit bebanan penerima.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5814″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”5816″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5815″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”5817″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor