PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS SANTUNI PETUGAS BARISAN HADAPAN – Sumbangan RM28,350 Untuk 7,300 Petugas PKD, PPV dan Hospital Di Negeri Selangor


SHAH ALAM 22 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyantuni petugas Barisan Hadapan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Hospital di Negeri Selangor dengan mengagihkan sumbangan pek makanan berjumlah keseluruhan RM28,350 kepada 7,300 penerima sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebanyak 10 PPV, 9 PKD dan 10 Hospital di Negeri Selangor menerima sumbangan pek makanan MAIS bertujuan meringankan beban penerima yang menghadapi kekangan mendapatkan makanan dalam tempoh PKP.

Sumbangan yang diagihkan merupakan sebagai tanda sokongan dan prihatin MAIS bagi menghargai pengorbanan petugas Barisan Hadapan yang bertungkus lumus mengawal penularan pandemik COVID-19 sejak Mac tahun lalu.

Menariknya, pek makanan yang disumbangkan mendapat kerjasama daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS), iaitu Anak Syarikat MAIS.

Antara PPV yang menerima sumbangan MAIS ialah PPV Stadium Tertutup Kuala Selangor, PPV Sabak Bernam dan PPV Gombak, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Manakala PKD yang menerima bantuan ialah PKD Klang, PKD Petaling, PKD Kuala Langat, PKD Hulu Langat dan PKD Sepang.

Bantuan turut disalurkan hari ini kepada petugas Hospital UiTM (500 pek) dan PPV Dewan Berlian, Hospital UiTM, Puncak Alam (300 pek) yang disampaikan oleh Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.

Hadir sama menyampaikan bantuan ialah Nurhani Salwa Jamaluddin Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS di lokasi Hospital Klang (500 pek), Hospital Banting (500 pek) dan Hospital Shah Alam (500 pek). Manakala Zaharudin Salim, Ketua Audit Dalam MAIS menyampaikan bantuan di PPV Sunway Pyramid Convention Centre (300 pek), Hospital Ampang (500 pek), Hospital Kajang (500 pek) dan Hospital Serdang (500 pek).

Berita MAIS

Comments are disabled.