[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM  26 Jun 2021 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini mengagihkan set barangan kering melibatkan daerah Petaling dan Hulu Langat melalui peruntukan fidyah MAIS.

309 set makanan asasi ini diedarkan kepada penerima yang terdiri daripada mereka yang terkesan dengan COVID-19 terutama golongan B40, mereka yang dibuang kerja, dicutikan oleh majikan atau hilang punca pendapatan. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM30,900.00.

Set makanan asasi berjumlah RM100 yang diberikan berupa beras, minyak, gula dan makanan kering yang lain.

Turut hadir dalam edaran fidyah ini ialah Ustaz Suhaimi Ismail (Pengarah Pembangunan Sosial) dan Ustazah Hafizatul Akmal Abd Jalil (Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf dan PIBK).

Antara penerima agihan fidyah ini ialah Madarasah Maahad Tahfiz Al Quran Al Ukhuwah, SRI Nurul Hidayah, Akademik Tahfiz Al Quran As Sakinah, Madrasah Tahfiz Darul Ma’wa, Surau An Nur Ampang dan Surau Darul Mahabbah, Bandar Baru Bangi.

Untuk umat Islam di Negeri Selangor yang hendak melaksanakan bayaran fidyah secara atas talian bolehlah layari http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.

MAIS mengucapkan terima kasih atas bayaran fidyah yang telah dilaksanakan oleh masyarakat Islam di Negeri Selangor.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5850″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5851″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor