PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

309 SET AGIHAN FIDYAH DIEDARKAN SEKITAR DAERAH PETALING DAN HULU LANGAT


SHAH ALAM  26 Jun 2021 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini mengagihkan set barangan kering melibatkan daerah Petaling dan Hulu Langat melalui peruntukan fidyah MAIS.

309 set makanan asasi ini diedarkan kepada penerima yang terdiri daripada mereka yang terkesan dengan COVID-19 terutama golongan B40, mereka yang dibuang kerja, dicutikan oleh majikan atau hilang punca pendapatan. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM30,900.00.

Set makanan asasi berjumlah RM100 yang diberikan berupa beras, minyak, gula dan makanan kering yang lain.

Turut hadir dalam edaran fidyah ini ialah Ustaz Suhaimi Ismail (Pengarah Pembangunan Sosial) dan Ustazah Hafizatul Akmal Abd Jalil (Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf dan PIBK).

Antara penerima agihan fidyah ini ialah Madarasah Maahad Tahfiz Al Quran Al Ukhuwah, SRI Nurul Hidayah, Akademik Tahfiz Al Quran As Sakinah, Madrasah Tahfiz Darul Ma’wa, Surau An Nur Ampang dan Surau Darul Mahabbah, Bandar Baru Bangi.

Untuk umat Islam di Negeri Selangor yang hendak melaksanakan bayaran fidyah secara atas talian bolehlah layari http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.

MAIS mengucapkan terima kasih atas bayaran fidyah yang telah dilaksanakan oleh masyarakat Islam di Negeri Selangor.

Berita MAIS

Comments are disabled.