[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 28 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM10 Ribu kepada Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia(PPOBM). PPOBM adalah NGO yang terus berjuang membela kelangsungan di kalangan OKU penglihatan.

Bantuan tersebut disalurkan untuk membekalkan makanan asasi kepada mereka yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sumbangan yang menggunakan peruntukkan Baitulmal MAIS melibatkan sebahagian 1000 keluarga OKU.

Melalui surat yang diberikan kepada MAIS, mereka menzahirkan ucapan terima kasih tidak terhingga atas sumbangan yang diberikan.

Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban kepada mereka yang memerlukan.

Kepada masyarakat yang ingin menyumbang bersama MAIS bolehlah menggunakan link ini https://www.mais.gov.my/sedekah/[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor