[vc_row][vc_column][vc_column_text]SABAK BERNAM 28 Jun 2021 – Seramai 304 keluarga sekitar Sabak Bernam dan Kuala Langat yang terkesan dengan Pandemik Covid-19 menerima sumbangan daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berjumlah RM30,400.00.

Sumbangan yang diberikan dalam bentuk makanan asasi termasuk beras, tepung, minyak, gula dan sebagainya menggunakan peruntukkan Fidyah MAIS bernilai RM100.

Agihan melibatkan kerjasama 8 Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) daripada Sahabat Muslimah Saidatina Aisyah (SMSA), Pertubuhuan Ehsan Penyayang Selangor (CARE), SRA Simpang 4 BNO, SRA Kg Banting, Maahad Tahfiz Imran Zikry, Maahad Tahfiz Harun Almasri, Maahad Tahfiz Bustanul Arifin dan Masjid.

MAIS mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pembayar fidyah yang budiman. Bayaran fidyah anda telah kami salurkan dengan kerjasama Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM).

Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebebanan mereka semua

Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS.

Sila klik pautan ini http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php

[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5894″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5895″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor