[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 28 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menutup operasi perkhidmatan sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kecuali operasi di Baitul Iman, Baitul Ehsan dan Baitul Islah, Bahagian Pemulihan Ar-Riqab selaras dengan pengumuman kerajaan dalam tempoh Fasa Pertama Kawalan Pergerakan bermula esok.

Walaubagaimanapun, orang ramai masih boleh berurusan melalui laman web http://www.mais.gov.my untuk pelbagai perkhidmatan atas talian yang disediakan MAIS.

Perkhidmatan atas talian (online) yang disediakan melalui laman web rasmi MAIS ialah e-aduan, e-Wasiat, e-Faraid, Fidyah, Kifarah, Fi Halal, Katalog Hartanah MAIS, Sumbangan Sedekah, Bayaran Premis/Tanah Baitulmal, Sewa Hartanah MAIS.

Selain itu, perkhidmatan MAIS melalui online yang ditawarkan ialah Bayaran Utiliti Premis MAIS, Pendaftaran Muallaf, Bayaran Tebus Pusaka, Sumbangan Saham Wakaf Selangor, Sumbangan Anak Yatim, Penyerahan Wang Tidak Patuh Syariah dan Penyerahan Wang Orang Berhutang.

Untuk terus berinteraksi, orang ramai amat digalakkan menghubungi nombor talian khidmat pelanggan yang disediakan di samping bersama MAIS di media sosial rasmi MAIS iaitu Facebook Majlis Agama Islam Selangor dan Instagram mais_officialhq.

Memudahkan urusan orang Islam adalah menjadi keutamaan MAIS, oleh itu teruslah berurusan melalui perkhidmatan atas talian di samping mematuhi arahan kerajaan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan ini.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor