[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 29 Jun – Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) meneruskan bantuan kepada mereka yang memerlukan berjumlah keseluruhan sebanyak RM17,400 hari ini.

Bantuan meliputi RM12,900 diagihkan kepada 129 keluarga di Shah Alam dan RM4,500 kepada 45 keluarga di Klang terutama mereka yang terjejas sumber pendapatan.

Bantuan yang diberikan dalam bentuk makanan asasi termasuk beras, tepung, minyak, gula dan sebagainya menggunakan peruntukan Fidyah MAIS.

Di antara mereka yang menerima sumbangan ialah individu dan keluarga yang terkesan dengan pandemik COVID-19 khususnya golongan B40, peniaga, penjaja yang terjejas punca pendapatan dan golongan yang hilang pekerjaan.

Agihan melibatkan kerjasama Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) daripada Masjid, Surau Sekolah Agama Fardu Ain (KAFA), Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI), Maahad Tahfiz dan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK).

Program bantuan ini juga dilaksanakan dengan kerjasama daripada Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) iaitu anak syarikat MAIS.

MAIS mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pembayar fidyah yang budiman. Bayaran fidyah anda telah kami salurkan dengan kerjasama RSAFM.

Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan beban mereka semua.

Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS.

Sila klik pautan ini http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5903″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5904″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor