[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 30 Jun 2021 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini mengagihkan bantuan kepada 236 penerima yang terkesan dengan COVID-19 terutama golongan B40, mereka yang dibuang kerja, dicutikan oleh majikan atau hilang punca pendapatan berjumlah keseluruhan sebanyak RM23,600.00.

Bantuan yang dihulurkan kali ini bagi membantu keluarga yang terkesan di sekitar daerah Sepang, Gombak dan Kuala Selangor. Setiap keluarga menerima bantuan berbentuk set makanan asasi bernilai RM100 setiap satu berupa beras, minyak, gula dan makanan kering yang lain melalui peruntukan fidyah MAIS.

Bantuan disampaikan melalui Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS termasuk Surau Al Hijrah, Masjid Al Iman, Sekolah Rendah Agama Desa Putra, Maahad Hafiz Jeram, Masjid Darul Falah, Darul Ulum Zaiyadai, KAFA Integrasi Taman Melawati dan Tahfiz Surau Al Aziziah.

Turut hadir dalam edaran fidyah ini ialah Ustaz Suhaimi Ismail (Pengarah Pembangunan Sosial), Encik Zaharudin Salim (Ketua Audit Dalam) dan Ustaz Izhar Ismail (Ketua Baitulmal Daerah Zon A)

Untuk umat Islam di Negeri Selangor yang hendak melaksanakan bayaran fidyah secara atas talian bolehlah layari http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.

MAIS mengucapkan terima kasih atas bayaran fidyah yang telah dilaksanakan oleh masyarakat Islam di Negeri Selangor.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5914″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5915″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor