PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

209 PENERIMA TELAH MENERIMA SUMBANGAN AGIHAN FIDYAH DARI MAIS


HULU LANGAT 7 Julai 2021 – Hari ini seramai 209 penerima yang terkesan dengan pandemik Covid 19 di sekitar Hulu Langat telah menerima sumbangan dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang berjumlah RM20,900.00.

Agihan kali ini melibatkan kerjasama dari 4 Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) yang terdiri daripada Sahabat Hospital – Serdang, Sahabat Hospital – Kajang, Persatuan Belia Masjid Selangor (PBMS) dan SRA Dato Abu Bakar Baginda.

Sumbangan yang diberikan adalah dalam bentuk makanan asasi termasuk beras, tepung, minyak, gula dan sebagainya menggunakan peruntukkan Fidyah MAIS bernilai RM100.

Kepada para pembayar fidyah yang budiman, MAIS mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga.

Bayaran fidyah anda telah kami salurkan dengan kerjasama Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM).

Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebebanan mereka semua

Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS.

Sila klik pautan ini http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php

Berita MAIS

Comments are disabled.