[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM, 8 JULAI –  Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terus menyerahkan sumbangan barangan asas bernilai RM29,700 kepada 297 keluarga terkesan pandemik COVID-19 sekitar daerah Hulu Langat dan Petaling semalam.

Sumbangan diberikan dalam bentuk makanan asas merangkumi beras, tepung, minyak dan gula dengan menggunakan peruntukan Fidyah MAIS bernilai RM100.

Agihan kali ini melibatkan kerjasama dari enam Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM), terdiri daripada Masjid Raja Alang, Hidayah Centre Foundation, SRA Seksyen 16, SRI Darul Ehsan, SRA USJ 17 dan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Kepada para pembayar fidyah yang budiman, MAIS mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga. Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan beban mereka semua.

Individu beragama Islam yang ingin membayar fidyah secara dalam talian boleh berbuat demikian di http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5947″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5948″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor