[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM, 8 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini melancarkan Kempen Bulan Faraid Negeri Selangor 2021 bermula 5 Julai sehingga 6 Ogos 2021 bagi memupuk kesedaran masyarakat cintakan ilmu faraid yang kian dilupakan kini.

Pelancaran disempurnakan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abd Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS menerusi platform Facebook MAIS yang disiarkan secara langsung semasa merasmikan Webinar Wacana Faraid Online dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Kempen yang bertemakan ‘Faraid Dipelihara Waris Bahagia’ ini, MAIS mengambil insiatif untuk memberi kefahaman dan mendidik masyarakat agar celik ilmu faraid dan seterusnya menjadikan amalan menguruskan harta, mengikut hukum syarak.

Ilmu faraid merupakan ilmu yang membincangkan kaedah pembahagian harta pusaka kepada waris yang berhak.

Sebagai sebuah agensi Islam Negeri Selangor yang bertanggungjawab mentadbir dan memegang amanah harta-harta orang Islam, MAIS berperanan untuk menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada seluruh umat Islam betapa pentingnya mengurus harta dengan sempurna berlandaskan hukum syarak.

Pelbagai program diatur sepanjang kempen berlangsung antaranya ialah hebahan info Faraid, Wacana Faraid, Kuliah Faraid Bersiri, Kuliah Maghrib Faraid, Program Bicara Pusaka dan Slot Celik Pewarisan & Baitulmal.

Masyarakat yang ingin mendapatkan maklumat berhubung aktiviti kempen ini bolehlah mengikuti perkembangan di media sosial MAIS iaitu Facebook Majlis Agama Islam Selangor.

Bagi orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat dan melaksanakan pengurusan harta pusaka dengan lebih mudah, permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui Sistem e-Faraid MAIS di http://efaraid.mais.gov.my/.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5942″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5943″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor