[vc_row][vc_column][vc_column_text]PETALING 11 Julai 2021 – Alhamdulillah hari ini sumbangan agihan fidyah MAIS telah diserahkan kepada 212 penerima di sekitar daerah Petaling yang berjumlah RM21,200.00.

MAIS mengucapkan jutaan terima kasih kepada 4 Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) yang terdiri daripada Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS), SRAI Dato Mufti Yusof SahabuddinSeksyen 7, Sahabat Hospital – Shah Alam dan Al-I’tisam Relief Program Association di atas kerjasama menjayakan agihan sumbangan kepada penerima hari ini.

Sumbangan adalah dalam bentuk makanan asasi seperti beras, tepung, minyak, gula dan sebagainya yang bernilai RM100.

Terima kasih kepada semua pembayar fidyah, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebebanan mereka semua

Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS.

Sila klik pautan ini http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5974″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”5976″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5975″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”5977″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor