[vc_row][vc_column][vc_column_text]KLANG 9 JULAI – Hari ini Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menyumbang agihan fidyah kepada 189 penerima yang terkesan dengan pandemik Covid 19 di sekitar Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam berjumlah RM18,900.00 .

Agihan ini melibatkan kerjasama dari 6 Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) yang terdiri daripada masjid, surau, Sahabat Hospital Tanjung Karang, Sahabat Hospital Sabak Bernam dan Majlis Daerah Sabak Bernam.

Sumbangan adalah dalam bentuk makanan asasi seperti beras, tepung, minyak, gula dan sebagainya yang bernilai RM100.

MAIS mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pembayar fidyah.

Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebebanan mereka semua

Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS.

Sila klik pautan ini http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5963″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5964″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor