PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

SUMBANGAN AGIHAN FIDYAH TELAH DISERAHKAN KEPADA 189 PENERIMA YANG TERKESAN AKIBAT COVID-19


KLANG 9 JULAI – Hari ini Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menyumbang agihan fidyah kepada 189 penerima yang terkesan dengan pandemik Covid 19 di sekitar Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam berjumlah RM18,900.00 .

Agihan ini melibatkan kerjasama dari 6 Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) yang terdiri daripada masjid, surau, Sahabat Hospital Tanjung Karang, Sahabat Hospital Sabak Bernam dan Majlis Daerah Sabak Bernam.

Sumbangan adalah dalam bentuk makanan asasi seperti beras, tepung, minyak, gula dan sebagainya yang bernilai RM100.

MAIS mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pembayar fidyah.

Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebebanan mereka semua

Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS.

Sila klik pautan ini http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php

Berita MAIS

Comments are disabled.