PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

LEBIH RM20 RIBU DISALUR BANTU 201 KELUARGA TERKESAN COVID-19 SEKITAR PETALING


PETALING 13 Julai 2021- Seramai 201 keluarga yang terkesan Covid-19 menerima sumbangan agihan fidyah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang berjumlah RM20,100.00 di sekitar Petaling hari ini.

MAIS mengucapkan jutaan terima kasih kepada 24 Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) yang terdiri daripada Persatuan Penduduk Saujana Utama 3, SRAI, SRA dan KAFAI di sekitar Petaling kerana memberi kerjasama menjayakan agihan sumbangan kepada penerima hari ini.

Sumbangan adalah dalam bentuk makanan asasi seperti beras, tepung, minyak, gula dan sebagainya yang bernilai RM100.

Terima kasih kepada semua pembayar fidyah, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebebanan mereka semua

Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS.

Sila klik pautan ini http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php

Berita MAIS

Comments are disabled.