[vc_row][vc_column][vc_column_text]KLANG 15 Julai 2021 – Hari ini seramai 185 penerima di sekitar Klang dan Kuala Selangor telah disalurkan sumbangan agihan fidyah MAIS yang berjumlah RM18,500.00.

Sumbangan adalah dalam bentuk makanan asasi seperti beras, tepung, minyak, gula dan sebagainya yang bernilai RM100.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada 8 Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) terdiri daripada masjid dan surau sekitar daerah Klang serta Kuala Selangor yang bertungkus lumus dalam menjayakan agihan sumbangan kepada penerima.

Terima kasih kepada semua pembayar fidyah, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebebanan mereka semua

Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS.

Sila klik pautan ini http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6020″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6023″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6022″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6024″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor