PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS BANTU 292 KELUARGA TERKESAN COVID-19 SEKITAR SEPANG DAN PETALING


SEPANG 16 Julai 2021 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menyalurkan bantuan berbentuk makanan asasi berjumlah RM29,200.00 kepada 292 keluarga yang terkesan akibat pendamik COVID-19 di sekitar Sepang dan Petaling.

Makanan asasi yang diselurkan adalah beras, tepung, minyak, gula dan sebagainya bernilai RM100 bagi setiap penerima menggunakan peruntukkan fidyah MAIS.

Hari ini sebanyak 12 Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) yang terdiri daripada masjid dan surau di sekitar Sepang serta Petaling membantu mengagihkan sumbangan kepada penerima.

Rata-rata RSAFM mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang diterima ini. Sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebebanan mereka yang menerima.

MAIS juga mengucapkan terima kasih kepada semua pembayar fidyah di MAIS.

Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah, bolehlah menggunakan perkhidmatan pembayaran secara atas talian melalui e-MAIS.

Sila klik pautan ini http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php

Berita MAIS

Comments are disabled.