[vc_row][vc_column][vc_column_text]16 Julai 2021 – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Bin Mohd Yusof, mengucapkan tahniah kepada Mantan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Prof. Dato’ Dr. Ab Halim bin Tamuri atas kejayaan beliau sepanjang lapan tahun memimpin KUIS.

Pengerusi MAIS berkata sedemikian semasa memberikan ucapan di majlis Perjumpaan Mantan Rektor KUIS Bersama Pengurusan Tertinggi MAIS dan KUIS melalui platform atas talian hari ini.

“Alhamdulillah sehingga ke hari ini, kita lihat pelbagai kejayaan yang telah dilakar oleh warga KUIS. Kejayaan yang dikecapi saat ini adalah seiiring dengan penubuhannya iaitu melahirkan lebih ramai tenaga profesional Islam yang mampu memimpin masyarakat serta membangunkan dan mengembangkan ilmu pengetahuan Islam.

“Saya dapat lihat pelbagai kejayaan yang dikecapi oleh KUIS dibawah pimpinan beliau termasuk pelbagai Perjanjian Persefahaman atau Memorandum of Understanding (MoU) telah diadakan dengan pelbagai institusi daripada beberapa buah negara.

“Saya difahamkan sehingga ke hari ini, sebanyak 114 MoU telah diadakan sama ada yang melibatkan dalam negara mahupun luar negara. Bagi saya ia adalah pencapaian yang sangat membanggakan. Bukan itu sahaja, pelajar-pelajar yang dihasilkan oleh KUIS juga adalah sangat berkualiti. Kualiti dari segi akademik dan juga kepimpinannya,” ujar beliau.

Pengerusi MAIS turut memuji kejayan, KUIS menghasilkan Pelan Strategik Wakaf Universiti bagi tahun 2020 – 2025 yang pertama di Negeri Selangor. Inisiatif ini merupakan satu langkah yang proaktif dalam memartabatkan institusi pendidikan tinggi.

“Sebagai salah sebuah anak syarikat MAIS, saya amat berbangga dengan usaha ini. Dengan adanya pelan strategik ini, KUIS bakal memperlihatkan perancangan yang lebih sistematik dalam melestarikan pendidikan Islam di Negeri Selangor”, tambahnya lagi.

Beliau juga mengucapkan rasa bangga di atas kejayaan di bawah pimpinan mantan rektor KUIS ini sehingga berjaya mengorak langkah menaiktaraf KUIS menjadi Universiti menjelang tahun 2022.

Majlis secara atas talian ini berakhir dengan tayangan video sepanjang pimpinan Prof. Dato’ Dr. Ab Halim.

Turut hadir di majlis secara online ini, Setiausaha MAIS, Dr. Hj Ahmad Shahir Makhtar dan Pemangku Rektor KUIS, Dr. Hj Mohd Farid Ravi bin Abdullah.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6028″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6029″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor