[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM, 19 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menyerahkan sumbangan set makanan dan minuman berjumlah keseluruhan sebanyak RM28, 875 kepada 8,750 petugas Barisan Hadapan di Pusat Penerimaan Vaksin (PPV), Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (HTAR), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah.

Penyampaian sumbangan kali ini merupakan fasa kedua melibatkan sebanyak 11 PPV, HTAR, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan 15 IPD bertujuan meringankan beban penerima yang menghadapi kekangan mendapatkan makanan dalam tempoh PKP.

Setiap penerima sumbangan menerima sumbangan antara 100 set hingga 1,000 set makanan dan minuman mengikut kapasiti keperluan petugas di lokasi masing-masing.

Sumbangan yang diagihkan merupakan sebagai tanda sokongan dan prihatin MAIS bagi menghargai pengorbanan petugas Barisan Hadapan yang bertungkus lumus mengawal penularan pandemik COVID-19 sejak Mac tahun lalu.

Dalam temubual pihak MAIS bersama penerima rata-rata mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang diberikan.

“Terima kasih banyak-banyak di atas bantuan ini yang dapat digunakan untuk petugas lebih-lebih lagi semasa pandemik ini, terima kasih kepada pihak MAIS,” ujar penerima.

Menariknya, set makanan yang disumbangkan mendapat kerjasama anak syarikat MAIS iaitu Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Antara PPV yang menerima sumbangan MAIS ialah PPV Kompleks PKNS, PPV Universiti Multimedia Cyberjaya, PPV Movenpick Hotel dan PPV Dewan Seri Sekinchan.

Manakala IPD ialah Balai Polis Kajang, Balai Polis Sepang, Balai Polis Banting, Balai Polis Kuala Selangor dan Balai Polis Gombak.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6059″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6061″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6060″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6062″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor