[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM, 19 Julai – Seramai 71 pemandu van sekolah menerima bantuan makanan asas bernilai RM100 melalui program Dapur Fidyah MAIS membabitkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM7,100.

Bantuan berupa set makanan asasi seperti beras, tepung, gula, minyak masak dan gula disalurkan kepada Persatuan Bas Sekolah Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur sebelum diagihkan kepada penerima terbabit.

Penyerahan simbolik bantuan disampaikan hari ini oleh Dr.Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS kepada Rizana Sadikin, AJK Persatuan Bas Sekolah Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur (PBSSPKL)

Menerusi bantuan ini, MAIS mengambil inisiatif untuk membantu pemandu bas dan van sekolah yang turut mengalami kemerosotan pendapatan berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh sejak 1 Jun lalu.

MAIS berharap, semoga bantuan yang disampaikan ini sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban perbelanjaan yang ditanggung oleh penerima.

Dalam pada itu, Rizana Sadikin, AJK PBSSPKL mengucapkan terima kasih kepada MAIS atas sumbangan yang diberikan.

” Terima kasih kepada MAIS, Insya-Allah, sumbangan yang diberikan, akan kami agihkan kepada 71 pemandu van sekolah yang dikenalpasti terjejas pendapatan. Semoga dapat meringankan beban kepada mereka semua,”katanya.

Sementara itu, MAIS hari ini terus mengagihkan bantuan fidyah dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM39,800 membabitkan kawasan Klang, Petaling dan Sabak Bernam.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6066″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6068″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6067″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6062″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor