[vc_row][vc_column][vc_column_text]KLANG 19 Julai 2021 – Di kala Eidul Adha menjelang, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap meneruskan penyaluran bantuan kepada mereka yang terputus pendapatan di sekitar Klang, Petaling dan Sabak Bernam hari ini.

Seramai 398 keluarga menerima bantuan berjumlah RM39,800. Mereka menerima bantuan berbentuk makanan asasi termasuk beras, tepung, gula bernilai RM100 setiap penerima menggunakan peruntukkan dana fidyah MAIS.

Pengedaran bantuan kali ini melibatkan 18 Rakan Strategik Fidyah MAIS antaranya masjid, surau, sekolah dan persatuan.

Penerima di sekitar Klang seramai 257 keluarga, Petaling 106 keluarga dan Sabak Bernam 35 keluarga.

Turut menerima bantuan hari ini termasuk 71 penerima dari Persatuan Bas Sekolah Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Turut hadir menyempurnakan penyampaian sumbangan, Setiausaha MAIS, Dr Hj. Ahmad Shahir Makhtar.

“Semoga bantuan yang diterima ini dapat meringankan bebanan penerima yang diuji dengan pelbagai cabaran terutamanya terputus pendapatan,” ujar beliau.

[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6052″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6053″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor