[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM, 23 Julai 2021–20 Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) membantu menyampaikan sumbangan Fidyah MAIS terus kepada 331 keluarga yang terkesan akibat Covid-19 terutamanya kepada mereka yang terputus pendapatan.

20 RSAFM kali ini terdiri daripada Pejabat Agama Islam Daerah dan Kompleks Islam Daerah bagi penyediaan Dapur Fidyah, Sahabat Hospital – Selayang, Sahabat Hospital – Kuala Kubu Bharu, Ma’ahad Tahfiz, SMK, SRAI, masjid serta surau bagi membantu penyaluran sumbangan terus kepada penerima.

Bantuan kali ini disalurkan kepada penerima di sekitar Kuala Langat, Sepang, Hulu Langat, Gombak, Hulu Selangor dan Sabak Bernam berbentuk makanan asasi seperti beras, minyak, gula, tepung dan sebagainya berjumlah RM33,100.00.

MAIS mengucapkan jutaan terima kasih kepada RSAFM yang banyak membantu dalam mengenalpasti mereka yang memerlukan bantuan terutamanya di kala Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Pihak MAIS juga mengucapkan terima kasih kepada semua pembayar fidyah terutamanya di Negeri Selangor.

Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebebanan mereka semua.

Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah, bolehlah layari laman pembayaran fidyah secara atas talian melalui pautan http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6109″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6107″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor