PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS TERUS SALUR RM30,300 RIBU BANTU 303 KELUARGA PUTUS PENDAPATAN


HULU SELANGOR 28 Julai 2021 -Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap meneruskan penyaluran bantuan kepada mereka yang terputus pendapatan di sekitar Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor hari ini.

Seramai 303 keluarga menerima bantuan berjumlah RM30,300. Mereka menerima bantuan berbentuk makanan asasi termasuk beras, tepung, gula bernilai RM100 setiap penerima menggunakan peruntukkan dana fidyah MAIS.

Pengedaran bantuan kali ini melibatkan 7 Rakan Strategik Fidyah MAIS antaranya masjid dan surau.

Penerima di sekitar Hulu Selangor seramai 156 keluarga, Kuala Langat 83 keluarga dan Kuala Selangor 64 keluarga.

Terima kasih kepada semua pembayar fidyah, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebebanan mereka semua

Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS.

Sila klik pautan ini http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php

Berita MAIS

Comments are disabled.