[vc_row][vc_column][vc_column_text]GOMBAK 29 Julai 2021- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terus mengagihkan bantuan kepada mereka yang terkesan akibat Covid-19 termasuk kepada Kampung Orang Asli (KOA) dengan jumlah keseluruhan penerima 376 keluarga yang telah menerima bantuan masing-masing hari ini.

Bantuan kali ini disalurkan kepada penerima di sekitar Gombak seramai 277 keluarga, Hulu Langat 79 keluarga dan Hulu Selangor 20 keluarga berbentuk makanan asasi seperti beras, minyak, gula, tepung dan sebagainya berjumlah RM37,600.00.

KOA yang menerima sumbangan kali ini adalah dari KOA Ulu Kuang 71 penerima, KOA Sg Buloh 37 penerima dan KOA Batu 12, Gombak 169 penerima.

Salah seorang penerima sumbangan dari Kampung Orang Asli Batu 12 Gombak, Nor Zalina Jumbai menzahirkan rasa terima kasih kepada MAIS di atas bantuan yang diterimanya.

“Saya berasa gembira dan terharu kepada pihak MAIS, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas bantuan yang diberikan,” ujarnya ketika ditemui di majlis penyerahan bantuan.

Kriteria penerima sumbangan daripada peruntukkan fidyah ini adalah bagi membantu mereka yang tergolong sebagai asnaf fakir miskin terutamanya yang terkesan dengan pendemik Covid-19 sehingga terjejas punca pendapatan dan juga tergolong dalam miskin sementara.

Manakala bagi Orang Asli yang bukan Islam yang terkesan dengan Pandemik COVID 19 turut menerima sumbangan daripada peruntukkan Baitulmal MAIS.

MAIS berharap dengan sumbangan yang diberikan ini dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan penerima.

Pihak MAIS juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Rakan Strategik Fidyah MAIS (RSAFM) yang banyak membantu dalam mengenalpasti mereka yang memerlukan dan mengagihkan bantuan terutamanya di kala Perintah Kawalan Pergerakan ini.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6145″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6147″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6146″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6148″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor