[vc_row][vc_column][vc_column_text]6 Ogos 2021 – Pandemik Covid-19 bukan sahaja menyebabkan masyarakat terpaksa berkurung di rumah, malahan ada yang terputus pendapatan akibat penutupan operasi dan sebagainya.

Melihat keadaan ini Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terus menyalurkan bantuan bagi membantu mereka meneruskan kehidupan. Kali ini, seramai 418 keluarga di sekitar Sabak Bernam dan Petaling menerima bantuan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM41,800.

Daripada 418 keluarga itu, seramai 314 adalah bagi daerah Sabak Bernam dan 114 daerah Petaling. Bantuan yang mereka terima adalah berbentuk makanan asasi seperti beras, minyak, gula, tepung dan sebagainya.

Bagi melancarkan pengagihan sumbangan, seramai 14 Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) terdiri daripada masjid dan surau di sekitar Petaling dan Sabak Bernam membantu MAIS menyalurkan sumbangan terus kepada penerima yang telah dikenalpasti.

Salah seorang RSAFM menyatakan rasa penuh kesyukuran atas bantuan oleh MAIS yang disalurkan kepada ahli kariah beliau.

“Saya bersyukur dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak MAIS terhadap sumbangan yang diberikan. Harapan saya agar sumbangan seperti ini dapat diteruskan dalam membantu mereka yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini,” ujar Tuan Hj. Haridan bin Yusoff, Nazir Masjid Jamek, Batu 14, Puchong.

MAIS mengucapkan jutaan terima kasih kepada RSAFM yang banyak membantu dalam mengenalpasti mereka yang memerlukan bantuan terutamanya di kala PKP ini.

Pihak MAIS juga mengucapkan terima kasih kepada semua pembayar fidyah terutamanya di Negeri Selangor.

Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebebanan mereka semua.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6185″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6186″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor