[vc_row][vc_column][vc_column_text]7 Ogos 2021 – Seramai 306 keluarga yang terkesan Covid-19 menerima sumbangan agihan fidyah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang berjumlah RM30,600.00 di sekitar Petaling dan Klang hari ini.

Sumbangan adalah dalam bentuk makanan asasi seperti beras, tepung, minyak, gula dan sebagainya yang bernilai RM100.00.

MAIS mengucapkan jutaan terima kasih kepada 8 Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) yang terdiri daripada kariah surau dan masjid di sekitar Petaling dan Klang kerana memberi kerjasama menjayakan agihan sumbangan kepada penerima hari ini.

Terima kasih kepada semua pembayar fidyah, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua.

Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS.

Sila klik pautan ini http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6191″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6193″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6192″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6194″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor