[vc_row][vc_column][vc_column_text]KLANG 11 Ogos 2021 – Walaupun berada dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia tidak menghalang pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk meneruskan bantuan agihan fidyah kepada mereka yang memerlukan.

Alhamdulillah, MAIS hari ini telah mengagihkan sumbangan fidyah kepada 306 keluarga yang layak di daerah Klang dan Hulu Langat dengan nilai sumbangan berjumlah RM30,600.

Daripada 306 keluarga itu, seramai 104 keluarga adalah penerima bagi daerah Klang dan 202 keluarga bagi daerah Hulu Langat.

Agihan fidyah ini disalurkan menerusi Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSFM) antaranya ialah Surau Haji Abbas, Kg Delik Klang; Masjid Sungai Ramal Luar Kajang dan Surau Taman Sri Kenari . Program agihan ini mendapat kerjasama daripada Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS).

Setiap penerima bantuan menerima set makanan kering berupa beras, minyak masak, gula, tepung dan susu dengan nilai sumbangan berjumlah RM100.

Semoga bantuan yang diagihkan dapat meringankan kos perbelanjaan seharian terutama kepada mereka yang terkesan dalam tempoh PKP.

Orang ramai yang ingin membuat bayaran fidyah, bolehlah melayari laman web MAIS di www.mais.gov.my atau bayaran boleh dibuat terus menerusi http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6211″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6213″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6212″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6214″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor