[vc_row][vc_column][vc_column_text]KUALA LUMPUR 14 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini mengagihkan 1,147 set makanan asasi kepada pengusaha bas sekolah di bawah Persatuan Bas Sekolah Negeri Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur (PBSSPKL).

Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh YBhg. Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS kepada Haji Mohamad Harun bin Mohamad Sidik Pengerusi PBSSPKL.

Sumbangan yang diberikan dalam bentuk makanan asasi iaitu beras, minyak, tepung, gula dan pelbaga lagi. Setiap satu set sumbangan bernilai RM100 dan menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM114,700.

Pengerusi PBSSPKL berkata sumbangan yang diberikan oleh MAIS ini akan disampaikan kepada semua ahli PBSSKL yang berada di seluruh Negeri Selangor.

“InshaAllah sumbangan yang disampaikan oleh MAIS hari ini, akan kita edarkan kepada ahli selewatnya sehingga Selasa ini.” ujarnya.

Dalam pada masa yang sama beliau turut mengharapkan bantuan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk membantu pengusaha-pengusaha bas sekolah terutamanya di Negeri Selangor yang terjejas teruk akibat daripada pandemik Covid-19.

“Saya merayu agar bantuan seperti ini dapat diteruskan sekiranya sekolah masih tidak dibuka pada tahun ini.” katanya.

Semoga bantuan yang diagihkan ini dapat meringankan kos perbelanjaan seharian pengusaha-pengusaha bas sekolah yang terkesan akibat pandemik Covid-19 ini.

Orang ramai yang ingin membuat bayaran fidyah, bolehlah layari laman web MAIS di www.mais.gov.my atau bayaran boleh dibuat melalui http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6225″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6227″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6226″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6228″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor