[vc_row][vc_column][vc_column_text]KLANG 17 Ogos – Seramai 502 keluarga yang terkesan COVID-19 menerima sumbangan agihan fidyah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berjumlah keseluruhan sebanyak RM50,200 di sekitar daerah Klang, Petaling dan Sepang hari ini.

Sumbangan adalah dalam bentuk makanan asasi seperti beras, tepung, minyak, gula dan sebagainya yang bernilai RM100.00.

MAIS mengucapkan jutaan terima kasih kepada 16 Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) yang terdiri daripada kariah surau dan masjid yang terlibat kerana memberi kerjasama menjayakan agihan sumbangan kepada penerima hari ini.

Antara RSFM yang terlibat hari ini ialah Masjid Kg Raja Uda, Surau Ehsaniah, Masjid Nurul Ehsan, Surau At-Taqwa dan Surau Al-Jabbar.

Terima kasih kepada semua pembayar fidyah, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua.

Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS.

Sila klik pautan ini http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6236″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6237″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor