PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS BANTU 496 KELUARGA TERKESAN COVID-19 SEKITAR HULU LANGAT, PETALING DAN KLANG.


20 Ogos 2021-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menyalurkan bantuan berbentuk makanan asasi berjumlah RM49,6000.00 kepada 496 keluarga yang terkesan akibat pandemik COVID-19 di sekitar Hulu Langat, Petaling dan Klang.

Makanan asasi yang disalurkan adalah beras, tepung, minyak, gula dan sebagainya bernilai RM100 bagi setiap penerima menggunakan peruntukkan fidyah MAIS.

Bantuan kali ini disalurkan kepada penerima di sekitar Hulu Langat seramai 208 keluarga, Petaling 103 keluarga dan Klang 185 keluarga berjumlah RM49,600.00.

Seramai 22 Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) yang terdiri daripada masjid dan surau di sekitar Hulu Langat, Petaling dan Klang membantu mengagihkan sumbangan kepada penerima.

Rata-rata RSAFM mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang diterima ini. Sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan mereka yang menerima.

MAIS juga mengucapkan terima kasih kepada semua pembayar fidyah di MAIS.

Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah, bolehlah menggunakan perkhidmatan pembayaran secara atas talian melalui e-MAIS.

Berita MAIS

Comments are disabled.