[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM, 20 Ogos 2021 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyarankan kepada orang ramai agar menggunakan perkhidmatan e-Faraid MAIS yang lebih mudah dan pantas secara atas talian bagi pengurusan dan permasalahan harta pusaka yang kini semakin membimbangkan.

Menurut Setiausaha MAIS, Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, e-Faraid MAIS dengan slogan (tagline) iaitu Mudah-Tepat-Dipercayai ini menawarkan perkhidmatan pengurusan harta pusaka umat Islam secara atas talian iaitu tanpa penggunaan borang-borang atau surat-surat permohonan.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Sistem Pengurusan e-Faraid MAIS bagi Fasa 2 khusus untuk pegawai dan kakitangan MAIS yang disiarkan secara online menerusi aplikasi Microsoft Team di sini hari ini.

“Saya menyeru kepada orang ramai agar menggunakan perkhidmatan e-Faraid MAIS yang lebih mudah, inovatif, moden dan efisyen untuk urusan harta pusaka.

“Sistem e-Faraid ini berupaya membantu memudahkan dan mempercepatkan urusan pembahagian harta pusaka masyarakat Islam dengan penggunaan K-Faraid secara atas talian (online) yang ditawarkan sebelum merujuk sesuatu permohonan ke mahkamah syariah atau pejabat pusaka,” katanya.

Selain itu, beliau juga mengharapkan warga kerja MAIS agar dapat bekerjasama dan memahami e-Faraid MAIS ini sebagai jurucakap kepada masyarakat yang ingin mendapatkan perkhidmatan urusan harta pusaka.

“Setiap warga kerja MAIS perlu ada rasa sikap kepunyaan dan rasa sokong menyokong antara satu sama lain bagi perkhidmatan yang disediakan,”ujarnya lagi.

Pada 15 Februari lalu, MAIS telah memperkenalkan e-Faraid MAIS bagi membolehkan masyarakat Islam di Negeri Selangor menguruskan harta pusaka dengan lebih mudah dan pantas secara dalam talian.

Orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan e-Faraid MAIS ini, bolehlah menggunakan sistem melalui pautan http://efaraid.mais.gov.my. Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi Bahagian Baitulmal MAIS di talian 03-5514 3772/3773.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6245″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6246″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor