PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL
Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

156 JALUR GEMILANG DIEDAR SEMPENA HARI KEBANGSAAN -MAIS Edar Jalur Gemilang Kepada Jabatan-Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor, Agensi dan Anak Syarikat, Semarak Semangat Patriotik


SHAH ALAM, 25 Ogos 2021 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengambil inisiatif menyemarakkan semangat patriotik menjelang sambutan Hari Kebangsaan dengan mengedarkan 156 Jalur Gemilang kepada Jabatan-Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor (JHEIS), Agensi dan Anak Syarikat.

Daripada 156 Jalur Gemilang itu, sebanyak 11 bendera Malaysia dan 145 bendera pelekat kenderaan diedarkan kepada JHEIS yang terdiri daripada Jabatan Agama Islam Selangor, Jabatan Mufti Selangor, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dan Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor.

Selain itu, turut menerima Jalur Gemilang adalah Agensi dan Anak Syarikat MAIS seperti Lembaga Zakat Selangor (LZS), Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd dan Bakti Suci Holdings Sdn Bhd.

Majlis simbolik penyerahan Jalur Gemilang dan sesi lekat bendera kenderaan disempurnakan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS di sini hari ini. Turut hadir Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS; Dato’ Haji Mohamad Shahzihan Ahmad, Pengarah JAIS; YAD Dato’ Dr. Haji Anhar Haji Opir, Mufti Selangor dan YAA Dato’ Mohammad Adib Husain, Ketua Hakim Syarie, JAKESS.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk menyemarakkan semula semangat patriotik di kalangan masyarakat terutama kepada warga MAIS, JHEIS, Agensi dan Anak Syarikat MAIS dalam menghadapi pandemik COVID-19 yang melanda negara.

MAIS berharap, dalam keadaan yang mencabar ini amat penting untuk kita menghayati semangat dan semua inspirasi negara yang telah berjuang demi kemerdekaan tanah air di samping tidak melupakan ulang tahun kemerdekaan negara bagi membuktikan rasa cinta dan bangga sebagai rakyat di negara ini.

Berita MAIS

Comments are disabled.