[vc_row][vc_column][vc_column_text]31 Ogos 2021 – Di kala sambutan hari kemerdekaan, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) meneruskan amanah menyampaikan sumbangan kepada 472 penerima yang terkesan akibat Covid-19 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM47,200 ribu.

Penerima sumbangan fidyah hari ini adalah kepada mereka di sekitar daerah Klang, Hulu Langat dan Sepang.

Sumbangan adalah dalam bentuk makanan asasi seperti beras, tepung, minyak, gula dan sebagainya yang bernilai RM100.00.

Salah seorang penerima iaitu Haji Solihin bin Haji Sidol Pengerusi Surau At Taqwa Seksyen 16, Bandar Baru Bangi menyatakan rasa bersyukur dengan bantuan yang diterima ini.

“Pihak surau dan kariah amat-amat berterima kasih atas sumbangan fidyah yang diberikan oleh pihak MAIS. Saya amat bersyukur,” katanya.

MAIS mengucapkan jutaan terima kasih kepada 21 Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) yang terdiri daripada kariah surau dan masjid yang terlibat kerana memberi kerjasama menjayakan agihan sumbangan kepada penerima hari ini.

Antara RSFM yang terlibat hari ini ialah Surau At Taqwa Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, Surau Ar-Raudah, Surau AlFallah Dengkil, Surau Al Husna Desa Sentosa, Masjid Al Muttaqin Dusun Tua Hulu Langat, Surau Al Hidayah Kajang dan Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi.

Terima kasih kepada semua pembayar fidyah, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua.

Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS.

Sila klik pautan ini http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6307″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6309″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6310″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6311″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor