[vc_row][vc_column][vc_column_text]11 September 2021 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap meneruskan penyaluran bantuan kepada mereka yang terputus pendapatan di sekitar Klang, Kuala Langat dan Hulu Langat hari ini.

Seramai 604 keluarga menerima bantuan berjumlah RM60,400. Mereka menerima bantuan berbentuk makanan asasi termasuk beras, tepung, gula bernilai RM100 setiap penerima menggunakan peruntukkan dana fidyah MAIS.

Bagi melancarkan pengagihan sumbangan, seramai 26 Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) terdiri daripada masjid dan surau di sekitar Klang, Kuala Langat Dan Hulu Langat membantu MAIS menyalurkan sumbangan terus kepada penerima yang telah dikenalpasti.

Penerima di sekitar Klang seramai 220 keluarga, Kuala Langat 72 keluarga dan Hulu Langat 312 keluarga.

Terima kasih kepada semua pembayar fidyah, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebebanan mereka semua

Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS.

Sila klik pautan ini http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6329″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6331″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6330″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6332″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor