[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 22 September 2021 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan meneruskan operasi yang melibatkan perjumpaan dengan pelanggan melalui JANJI TEMU sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 berkuatkuasa.

Waktu urusan bersama pelanggan yang telah mendapat tarikh janji temu adalah dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Janji temu tersebut bolehlah dibuat menerusi nombor telefon yang disediakan.

Walau bagaimanapun, orang ramai amat digalakkan berurusan melalui laman web rasmi MAIS di www.mais.gov.my untuk pelbagai perkhidmatan atas talian.

Marilah sama-sama kita mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar wabak COVID-19 ini dapat ditangani bersama khususnya di Negeri Selangor dan Malaysia amnya.

Semoga kita semua dilindungi dan dijauhkan daripada wabak COVID-19 ini.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor