[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM, 28 September – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengagihkan RM1.9 juta wang fidyah bagi membantu masyarakat orang asli Islam dan pemandu teksi yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Daripada jumlah RM1.9 juta itu, sebanyak RM1,775,000.00 diagihkan kepada 3,550 penerima di kalangan ahli Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin & Teksi Lapangan Terbang Se’Malaysia (GTSM) manakala RM135,000.00 disumbangkan kepada 675 keluarga di kalangan masyarakat orang asli Islam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,225 penerima.

Penerima sumbangan bagi ahli GTSM menerima bantuan wang tunai sebanyak RM500 setiap keluarga, manakala masyarakat orang asli Islam menerima wang tunai sebanyak RM200 setiap keluarga beserta pek makanan asasi bernilai RM100 seperti beras, tepung, gula dan minyak masak.

Majlis simbolik penyerahan replika cek MAIS disampaikan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi MAIS kepada wakil penerima RSAFM iaitu Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin & Teksi Lapangan Terbang Se’Malaysia (GTSM) dan Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) Negeri Selangor. Turut hadir, Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS.

Sehingga kini, MAIS telah meluluskan permohonan fidyah sebanyak RM7,561,100.00 dan telah mengagihkan sumbangan kepada 33,398 keluarga penerima dengan jumlah agihan sebanyak RM4,827,300.00 dari peruntukan agihan fidyah MAIS sejak program agihan fidyah MAIS ini dilancarkan pada 28 Disember 2020.

MAIS berharap sumbangan yang diterima sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban yang perlu ditanggung oleh setiap ketua keluarga yang terkesan terutamanya dalam tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 di Negeri Selangor.

MAIS mengajak semua umat Islam dalam Negeri Selangor yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dan memerlukan bekalan makanan asasi untuk menyertai Program Sumbangan Agihan Fidyah MAIS dengan menghubungi mana-mana RSAFM.

RSAFM berperanan membantu mengemaskini dan mengesahkan maklumat mereka yang memerlukan dan membantu pengagihan fidyah MAIS.

RSAFM yang terdiri daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS), Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK), masjid dan surau di daerah yang terlibat.

Sekiranya terdapat masalah dan kemusykilan berkaitan permohonan bantuan agihan fidyah MAIS, pemohon boleh merujuk pegawai urusetia Agihan Fidyah MAIS (AFM) iaitu Ustazah Hafizatul Akmal binti Abd Jalil atau Puan Amirah Addilah binti Mohd Johari di talian pejabat iaitu 03-3361 4000.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6382″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6384″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6383″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6385″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor