PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

HARI INI 419 KELUARGA SEKITAR HULU LANGAT DIBANTU AKIBAT TERPUTUS PENDAPATAN


HULU LANGAT 6 Oktober 2021- Seramai 419 keluarga sekitar Hulu Langat yang terkesan dengan Pandemik Covid-19 menerima sumbangan daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berjumlah RM41,900.00.

Sumbangan yang diberikan dalam bentuk makanan asasi termasuk beras, tepung, minyak, gula dan sebagainya menggunakan peruntukkan Fidyah MAIS bernilai RM100.

Agihan melibatkan kerjasama 12 Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) daripada Masjid, Surau, SRA Sungai Kantan, AADK Hulu Langat dan Persatuan Cina Muslim.

MAIS mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pembayar fidyah yang budiman. Bayaran fidyah anda telah kami salurkan dengan kerjasama Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM).

Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua

Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS.

Sila klik pautan ini http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php

Berita MAIS

Comments are disabled.