PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL
Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

SERAMAI 462 PENERIMA TERKESAN COVID-19 TERIMA SUMBANGAN AGIHAN FIDYAH MAIS


11 Oktober 2021- Alhamdulillah hari ini sumbangan agihan fidyah MAIS telah diserahkan kepada 462 penerima di sekitar daerah Klang dan Hulu Langat yang berjumlah RM46,200.00.

MAIS mengucapkan jutaan terima kasih kepada 18 Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) yang terdiri daripada Teraju Ekonomi Asnaf (TERAS), Perubuhan Pencinta Muslim edunia (MOG), Pejabat Daerah Hulu Langat, Masjid Al Amin dan Surau Raudoh di atas kerjasama menjayakan agihan sumbangan kepada penerima hari ini.

Sumbangan adalah dalam bentuk makanan asasi seperti beras, tepung, minyak, gula dan sebagainya yang bernilai RM100 setiap keluarga.

Terima kasih kepada semua pembayar fidyah, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua

Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS.

Sila klik pautan ini http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php

Berita MAIS

Comments are disabled.