PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS SALUR RM60,300 BANTU 603 KELUARGA PUTUS PENDAPATAN DAERAH HULU LANGAT, KUALA LANGAT, PETALING, KUALA SELANGOR DAN SABAK BERNAM


13 Oktober 2021 – Pandemik Covid-19 bukan sahaja menyebabkan masyarakat terpaksa berkurung di rumah, malahan ada yang terputus pendapatan akibat penutupan operasi dan sebagainya.

Melihat keadaan ini, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terus menyalurkan bantuan bagi membantu mereka meneruskan kehidupan. Seramai 603 keluarga di sekitar Klang, Kuala Langat, Petaling, Kuala Selangor dan Sabak Bernam menerima bantuan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM60,300.00.

Daripada 603 keluarga itu, seramai 191 adalah bagi daerah Hulu Langat, 201 daerah Kuala Langat, 107 daerah Petaling, 15 daerah Kuala Selangor dan 89 daerah Sabak Bernam. Bantuan yang diterima adalah berbentuk makanan asasi seperti beras, minyak, gula, tepung dan sebagainya.

Bagi melancarkan pengagihan sumbangan, seramai 24 Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) terdiri daripada masjid dan surau di sekitar Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling, Kuala Selangor dan Sabak Bernam membantu MAIS menyalurkan sumbangan terus kepada penerima yang telah dikenalpasti.

MAIS mengucapkan jutaan terima kasih kepada RSAFM yang banyak membantu dalam mengenalpasti mereka yang memerlukan bantuan terutamanya di kala PKP ini.

Terima kasih kepada semua pembayar fidyah, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua.

Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS.

Sila klik pautan ini http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php

Berita MAIS

Comments are disabled.