PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS SALUR SUMBANGAN KEPADA 592 PENERIMA DI DAERAH PETALING, GOMBAK DAN HULU LANGAT


15 Oktober 2021- Seramai 592 keluarga sekitar daerah Petaling, Gombak dan Hulu Langat yang terkesan dengan Pandemik Covid-19 menerima sumbangan daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berjumlah RM59,200, hari ini.

Daripada 592 keluarga itu, seramai 103 keluarga adalah penerima bagi daerah Petaling, 431 keluarga bagi daerah Gombak dan 58 keluarga bagi daerah Hulu Langat.

Agihan fidyah ini disalurkan menerusi Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSFM) seramai 16 orang antaranya ialah Masjid dan Surau bagi membantu MAIS menyalurkan sumbangan terus kepada penerima yang telah dikenalpasti.

Setiap penerima bantuan menerima set makanan kering berupa beras, minyak masak, gula, tepung dan susu dengan nilai sumbangan berjumlah RM100.

Semoga bantuan yang diagihkan dapat meringankan kos perbelanjaan seharian terutama kepada mereka yang terkesan dalam tempoh PKP.

Orang ramai yang ingin membuat bayaran fidyah, bolehlah melayari laman web MAIS di www.mais.gov.my atau bayaran boleh dibuat terus menerusi

http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.

Berita MAIS

Comments are disabled.